Secara
amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu
merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha untuk menghadapi atau
melindungi sebarang ketidakpastian yang mungkin berlaku keatas diri sendiri,
ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka di
masa-masa akan datang. Selagi umat manusia terdedah terhadap ketidakpastian dan
risiko selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan sebagai
satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu sebelum seseorang itu terus bertawakkal
kepada Allah s.w.t. semata-mata.
Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidakpastian atau
ujian-ujian dari Allah s.w.t. itu, contohnya seperti kematian, hilang-upaya
kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, bukanlah satu usaha yang
ingin melawan takdir Allah s.w.t. yang diperkatakan oleh segelintir ahli
masyarakat. Ini merupakan satu pandangan yang dangkal dari orang-orang yang
jahil tentang agama Islam.Dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha
terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata adalah sepertimana
sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badui yang meninggalkan untanya
tanpa diikat tali terlebih dahulu dan lalu berserah kepada Allah s.w.t.
semata-mata, yang bermaksud: "Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian
barulah berserah kepada Allah s.w.t." (Riwayat: At-Turmuzi)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan
isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka
dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)
Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)
Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan