INSURAN ISLAM,
Saling Menjamin Kesejahteraan
Masih
ramai lagi umat islam yang tidak menyedari kepentingan insuran dalam hidup.
Sebagai muslimah insuran yang menjadi pilihan pastilah insuran secara Islam
yang lebih dikenali sebagai Takaful.
Sayangnya,
walau pun takaful telah diketahui lebih memberi manfaat dan pulangan yang
setimpal namun ia masih kurang mendapat sambutan daripada masyarakat berbanding
insuran secara konvensional.
Maksud
Takaful:
Diambil
daripada bahasa Arab yang bermaksud saling jamin-menjamin. Setiap orang yang
menyertai Takaful perlu bahawa mereka sudah berniat untuk menyertai kumpulan
yang sentiasa saling jamin menjamin. Ini bermakna jika berlaku sesuatu musibah
kepada orang di dalam ahli kumpulannya dia bersetuju mengizinkandan redha
duitnya turut digunakan membantu orang yang ditimpa kerugian atau kesusahan
itu.
Dalam ertikata lain skim takaful adalah
diasakan di atas gabungan konsep dan semangat saling bekerjasama,
bertanggungjawab, jaminan, perlindungan dan membantu di antara kumpulan
peserta.
Dalam sistem takaful terdapat akaun yang
berperanan sebagai dana bagi membantu mangsa musibah. Setiap peserta telah
bersedia mendermakan sebahagian daripada wang yang di masukkan setiap bulan ke
dalam akaun itu dengan peratusan tertentu melalui konsep muamalat Islam disebut
sebagai Tabarru’at atau derma atau sedekah kepada yang memerlukan. Jadi tidak
berlaku kontrak jual beli risiko seperti insuran konvensional.
Berlandaskan syarak-Caruman yang diterima
akan hanya dilaburkan dalam instrument yang memenuhi kehendak syariah. Ini
berlaku tiada unsur, perjudian ketidakpastian dalam kontrak dan pengendalian
perniagaan takaful itu yang menyebabkan insuran ini difatwakan halal.
Terdapat majlis pengawasan syariah yang
bertanggungjawab memastikan transaksi syarikat berpandukan syariat Islam.
Takaful merupakan satu akad di antara
peserta dan pengendali Takaful tidak seperti pembelian insuran konvensional di
mana ia adalah satu kontrak di antara penginsuran dan pemegang polisi.
Urusniaga dan perkhidmatan yang ditawarkan
olah pengendali takaful juga lebih mementingkan keadilan, ketelusan dan sikap
tolong menolong di kalangan pesertanya dalam perlaksanaannya.
Pastinya, kewujudan takaful menjadi
persaingan kepada insuran konvensional yang telah lama beroperasi di Negara
ini. Manusia merancang dan Tuhan yang menentukan. Adakah kita mahu keluarga
yang kita sayangi hidup menderita kerana terpaksa menanggung beban kewangan
apabila sesuatu berlaku kepada diri kita?
Pilih
mengikut kepentingan
Ambil langkah bijak apabila memilih
perkhidmatan takaful yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan keperluan,
keutamaan diri dan mereka yang tersayang serta risiko yang mungkin anda hadapi
di masa hadapan. Risiko dan musibah datang tanpa diundang boleh terjadi pada
bila-bila masa pun.
Di antara keperluan semasa yang patut diberi
pertimbangan termasuklah simpana dan perlindungan, pendidikan anak,
perbelanjaan perubatan, keluarga anda. Pendapatan semasa pencen, keperluan
peibadi haji dan bercuti, suri rumah atau musibah kecacatan kekal.
1
Simpanan
dan perlindungan
Simpanan
ini bertujuan menyediakan perlindungan pendapatan untuk keluarga sekiranya
berlaku kematian, pendapatan masa tua dan juga sekiranya berlaku kecacatan
kekal. Ia juga boleh menjadi persediaan wang tunai kiranya berlaku kecemasan
atau untuk memulakan perniagaan.
2
Pendidikan
Anak
Ada
individu yang menyertai takaful untuk pelajaran anak kerana mahukan permulaan
yang baik apabila mereka meningkat dewasa nanti. Bayaran sumbangan adalah lebih
murah jika anda menyertai sedari anak masih kecil atau baru dilahirkan.
3
Belanja
perubatan yang makin meningkat
Kemungkinan
menghidapi penyakit kronik pasti ada walaupun teknologi perubatan kini semakin
canggih. Walaupun penyakit boleh dirawat tetapi wang yang banyak diperlukan
untuk menampung kos perubatan yang semakin meningkat. Sedangkan anda pula
mungkin terpaksa bercuti panjang tanpa pekerjaan. Di sini takaful membantu
mengurangkan beban kewangan membiayai kos rawatan.
4
Demi
keluarga
Sekiranya
tanda diberhentikan kerja secara tiba-tiba atau tidak menerima gaji untuk bulan
ini atau beberapa bulan lagi, fikirkan ikhtiar untuk anda sekeluarga meneruskan
kehidupan.
5
Pendapatan
semasa pencen
Jangka
hayat manusia kini semakin meningkat selepas umur pencen, selepas usia 55-58
tahun anda perlu meneruskan kehidupan di hari tua lebih 20 tahun lagi tanpa
bekerja sedangkan anda perlu dan membiayai perbelanjaan harian. Ini adalah
perkara serius yang perlu difikirkan bila usia makin meningkat.
6
Haji/Umrah/Bercuti
Bagi
anda yang menyimpan impian untuk menunaikan haji, umrah atau juga bercuti
simpanan bulanan secara tetap dari takaful membolehkan anda memenuhi cita-cita
ini.
7
Wanita
dan surirumah
Kebanyakan
wanita akan berhenti kerja lebih awal berbanding lelaki untuk menjadi suri
rumah sepenuh masa. Bagi wanita yang tinggal dengan keluarga pula sebahagian
daripada pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan rumah dan sumbangan kepada
kedua orang tua. Sedangkan wanita dipercayai mempunyai jangkahayat enam tahun
lebih daripada lelaki. Jadi keperluan untuk menjaga diri sendiri menjadi
semakin penting dan tinggi.
8
Kecacatan
kekal
Disamping
bertawakal dengan ujian yang melanda atau sesuatu yang anda tidak ingin seperti
penyakit dan kemalangan, sebagai umat Islam kita perlu merancang dan berusaha
membentuk kehidupan yang lebih baik. Penyakit dan kemalangan kritikal yang
memerlukan pembedahan segera biasanya sering disusuli dengan rawatan pemulihan
yang mungkin memakan masa bertahun dan kemudiannya diikuti dengan berehat untuk
beberapa tempoh lagi di rumah.
Perkhidmatan
takaful untuk memenuhi masalah ini juga sangat bermanfaat apabila anda
mengalami saat-saat getir ini.